Total Members 2202 Member Aktif 2180 Member Pasif 22 Launching 01-02-2010
Kaedah Rawatan Pinggan Putih
QS. Al Isra (17) : 82
"Dan kami menurunkan Al Qur'an sebagai penawar dan Rahmat untuk orang-orang yang mu'min".
Kaedah Rawatan Pinggan Putih:
Kaedah rawatan Pinggan Putih merupakan salah satu kaedah yang diamalkan dalam perubatan sejak dahulu lagi. Ini kerana cara ini membawa kesan yang positif dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Air yang ditulis dengan ayat ayat Al-Quran ini berkesan merawat penyakit dengan izin Allah.
Minuman suci yang sangat istimewa bersama larutan Za’faran terpilih, dihasilkan dengan penulisan tangan dan bacaan Al-Quran, Asma Ul Husna dan doa-doa penyembuh di dalam pinggan putih menggunakan ranting kayu rosam dan herba za’faran yang berkualiti sebagai dakwat dengan campuran air zamzam dan ditulis oleh para ustaz yang menjiwai keseluruhan proses penulisan dengan adab-adab Islam.
Tahap kualiti kebersihan telah terbukti dengan kelulusan yang didapati dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sebagai contoh jika merawat pesakit yang kena gangguan biasanya bila mereka minum air yang didoakan,bermacam-macam ragam yang dapat diperhatikan. Antaranya sakit-sakit di tempat-tempat tertentu, lenguh badan, ada yang enggan membuka mulut dan kena paksa minum, ada yang menjerit dan sebagainya.
Tahukah Anda ???? Antara keajaiban air ialah ia dapat merakam percakapan kita.
Ini telah dibuktikan penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun. Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut.
Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, Itulah air zam zam
Kajian juga dilakukan dengan membacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.
Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit.
Berikut ialah contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang telah didedahkan dengan pelbagai situasi “suara dan kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr Masaru Emoto melalui kajiannya.
Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan kata yang baik kepadanya:
Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan perkataan yang negatif (tidak baik) kepadanya:
Inilah satu keajaiban Allah s.wt yang menciptakan sesuatu yang menakjubkan. Bayangkan kalau air itu diucapkan kalimah Allah s.w.t. tentulah lagi berkilaulah cahaya molekulnya
Manusia sanggup membelanjakan banyak wang ringgit dan menghabiskan masa serta tenaga mereka semata-mata untuk mempastikan tubuh badan mereka sihat dan bersih dari sebarang penyakit. Bermacam-macam cara dan kaedah digunakan sama ada bagi mencegah atau merawat penyakit. Ada yang menggunakan kaedah pencegahan dan rawatan secara moden dan tidak kurang juga yang menggunakan kaedah tradisional. Persoalannya adakah setiap umat Islam yang berusaha mencegah penyakit sebelum terkena atau berusaha merawat penyakit setelah terkena mengetahui siapakah yang sebenarnya memberi penyakit dan siapakah pula yang sebenarnya menyembuhkannya. Begitu juga dengan persoalan hukum kaedah dan rawatan yang digunakan, adakah ia menepati kehendak syara` dan Sunnah RasululLah s.a.w. Apakah rawatan RasululLah SAW yang dikenali dengan al-Tibb al-Nabawi menjadi amalan dan alternatif pada zaman sekarang? Persoalan-persoalan ini seharusnya diambil kira bagi umat Islam sebelum berusaha mencegah dan mendapat rawatan bagi menyembuh apa jua penyakit. Konsep penyakit adalah dari Allah dan Allah jua yang menyembuh perlu ditanam ke dalam hati-hati umat Islam apabila saja mereka ditimpa penyakit.
"Dan Apabila Aku Sakit, DIAlah yang menyembuhkanku"
(Al-Quran As Syu’ara ayat 80)
Berbekalkan keimanan dan ketakwaan yang dikurniakan Allah S.W.T Dewasa ini rawatan secara Islam yang dikenali sebagai Annusyrah ini semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat Islam. Malah ia menjadi rawatan alternatif kepada perubatan moden.
Kaedah Rawatan Pinggan Putih sangat berkesan untuk proses pembersihan rohani dan kesihatan badan, merangkumi akal manusia. Kaedah penulisan dan bacaan Al Quran yang diserapkan di dalam air mampu membentuk molekul air di dalam tubuh badan menjadi cantik dan indah sehingga menjadikan sel-sel tubuh bergetar dengan baik dan sempurna sehingga menghasilkan ketenangan di dalam jiwa para pengguna air Annusyrah.
Ketenangan inilah yang menghasilkan peningkatan kesihatan dalam diri sehingga ianya mampu menguatkan imunisasi tubuh, menceriakan wajah, memberikan semangat baru, menstabilkan hormon dan memperbetulkan sistem saraf tubuh dan seterusnya memperbaiki kesihatan secara dalaman dan luaran. Air Annusyrah juga merupakan sumber keberkatan yang dapat mengimbangkan keperluan mental, fizikal dan spritual. Oleh itu tidak hairanlah air Annusyrah ini dapat mengubati pesakit yang mengalami ganguan makhluk halus. InsyaAllah.
Pendapat Alim Ulama
Para ulama’ memberikan pendapat yang berbeza-beza mengenai definisi al-Nusyrah. Menurut al-Qurtubi: “Kalimah al-Nusyrah adalah ibarat kepada suatu benda yang ditulis padanya nama-nama Allah atau ayat-ayat al-Qur’an, kemudian dibasuh dengan air dan disapu atau diberi minum kepada pesakit.”.
Ibn Hajar al-Haytami berpendapat: “Bahawa menggunakan tulisan-tulisan untuk penyakit demam, jampi (bacaan doa) dan al-Nusyrah dengan menggunakan ayat-ayat al-Qur’an dan perkara-perkara yang baik seperti zikir, hukumnya adalah harus.
Surat Sokongan Mufti
IKHTIAR PENGGUNAAN AIR ANNUSYRAH :
Penawar yang sesuai bagi semua masalah kesihatan: Yang melibatkan saraf, masalah pernafasan, masalah usus dan perut, masalah gangguan di kepala dan sebagainya.
Penguat minda : Mencerdaskan minda, menguatkan daya ingatan atau hafazan, memudahkan penyerapan maklumat ke dalam otak, memulihkan akal yang rosak, meredakan ketegangan fikiran.
Penenang dan mententeramkan jiwa: Menghilangkan tekanan perasaan, menguatkan jiwa, menghilangkan gagap, darah gemuruh dan kerunsingan.
Penjagaan kesihatan dalaman dan luaran: Mengimbangkan hormon, melancarkan perjalanan darah, membuang bahan-bahan toksin dalam tubuh, meningkatkan antibodi, menstabilkan aura positif dalam diri dan menghindarkan jangkitan dan penularan jangkitan.
Pemangkin aura dan sifat yang positif: Yang menghasilkan tenaga positif – kekuatan dalaman yang dijana daripada rohani yang sihat akan merangsang tindakan yang positif.
Pendinding daripada ganguan yang tidak baik: Aura negatif dan sebagai ikhtiar keselamatan untuk rumah, kenderaan, tanaman, kebun dan sebagainya, menolak gangguan sihir, jin atau syaitan, musibah kecurian, kebakaran, dan sebagainya.
Pembersih rohani dari sifat yang dikeji: Dapat menyucikan sifat-sifat mazmumah seperti panas baran, pendusta, tamak, dengki dan sebagainya.
Pemangkin hajat bagi memudahkan urusan: Seperti sukar mendapat anak, memudahkan jodoh, melembutkan hati, ikhtiar sebagai pelaris perniagaan, untuk dikasihani dan disayangi, lulus ujian, urusan perbicaraan, ketika berceramah, pendinding pengantin, dan sebagainya.
Sesuai untuk masalah para ibu: Istimewa buat para ibu selepas bersalin atau untuk memulihkan tenaga di dalam pantang.
Sebagai ikhtiar usaha bertenaga: Agar wajah, minda keterampilan, fizikal dan rohani sentiasa bertenaga sama ada bagi lelaki atau wanita.
Air Annusyrah keluaran Annusyrah Malaysia Sdn Bhd telah ditilawahkan oleh Al-fadhil Ustaz Haji Radzi Bin Kamarul Hailan , Bekas Johan Qari tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga merupakan imam Masjid Negeri Perak.